Main Menu
icon_home.gif Home
design.gif My Account
design.gif My Journal
design.gif My Email
design.gif Toolbar
icon_community.gif CommunityShow/Hide content
design.gif Forums
design.gif FriendFinder
design.gif Members List
favoritos.gif DirectoriesShow/Hide content
design.gif Downloads
design.gif Band List
design.gif eClassifieds
design.gif Lyrics & Tabs
design.gif VideozNew content !
design.gif Photo Gallery
design.gif Interviews
design.gif Stories
design.gif Archives
som_themes.gif SubmissionsShow/Hide content
design.gif Submit News
design.gif Gigs / Events
design.gif Lyrics, Tabs, Vidz
design.gif Downloads
design.gif Add Links
som_downloads.gif MiscellaneousShow/Hide content
design.gif Games
design.gif Web Radio
design.gif Ringtones
design.gif e-Cards
design.gif Web Links
icon_poll.gif Site InfoShow/Hide content
design.gif Top 10
design.gif FAQ
design.gif Contact Us

Recent Articles
Monday, March 16
· AU REVOIR - KEYS OF MISERY
Monday, August 04
· SYMBIOTIC IN THEORY - SCREAM THEORY (2008)
Monday, July 14
· Ulasan - THE UPRISING 05 Julai 2008
Thursday, July 03
· Ulasan - MYDM 2008 - 29 Jun 2008
Tuesday, June 17
· Ulasan - Soilwork Live In Malaysia 25 Mei 2008
Monday, April 21
· Manggas - Pengamal Ilmu Kebatinan Kuno
Friday, April 18
· Kisah Di Sebalik Kabus
Sunday, April 13
· As Ashes Fall - Wish Me Luck
Friday, April 11
· Analog Yang Keenam
Tuesday, April 08
· Sediakan PAYUNG Sebelum Hujan

Older Articles

Mobile Download




Ulasan - THE UPRISING 05 Julai 2008
Posted on Monday, July 14 @ 21:47:04 UTC by Gospel

Scene/ Gigs/ Albums Reviews whyme writes "

THE UPRISING adalah satu lagi metal gig yang dianjurkan oleh azwi (predicate not defined), bertempat di Sounmaker Studio, jalan jeti, Pulau Pinang. Tempat ini boleh menempatkan 200 orang pada satu-satu masa. Promosi melalui flyers dan internet telah dilakukan sebulan sebelum gig untuk menarik lebih ramai peminat metal umumnya untuk menghadiri gig ni.

Pada 5 july 2008, bermula 11pagi, band-band yang terlibat datang untuk sesi soundcheck. Antaranya Mandatory, Symbiotic In Teory, Flake Poison dan Psyrosix. Sesi tamat pada jam 2.10pm. Terdapat booth stuff-stuff seperti CD, zine dan baju band dijual di lobi. Terima kasih kepada Mizi dari War Shoppe kerana menyertai gig ini.

Tepat jam 3.00pm, Ceased War memulakan persembahan. Mereka banyak memainkan lagu dari Sepultura dan juga lagu sendiri. Penambahan percussion menarik perhatian crowd yang beramai-ramai berdiri di depan stage untuk memberi sokongan. Satu persembahan yang mantap dan syabas buat Ceased War.



Band Progressive Rock dan Penang, Inersia-X memulakan persembahan kedua. Mereka menggantikan band Symphonia yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Crowd nampaknya teruja dengan kemantapan skill individu setiap ahli band memainkan muzik progresif. Beberapa lagu sendiri dimainkan dan mendapat tepukan gemuruh dari crowd.

Seterusnya ialah SPIRAL BENEATH. Band yg berkonsepkan melodic death metal nih, dibarisi oleh beberapa org anak muda. Meskipun mereka nih bleh dikatakan agak baru di persada metal Penang nih, namun persembahan mereka kelihatan agak bertenaga dan lagu2 yg didendangkan berjaya menarik perhatian crowd utk terus headbanging tanpa sebarang sangsi.

WYNKEN DELIRIUM tampil sbg band keempat utk gig nih. Berkonsepkan groove metal, kugiran dr JB nih kelihatan begitu ceria sekali di atas pentas dan sentiasa berinteraksi dgn crowd yg berdiri di depan pentas. Mereka memperdgrkan beberapa lagu yg dipetik drpd rilisan terbaru mereka dan utk pengunjung2 terawal yg membeli tiket, diberikan promo cd mereka. Satu persembahan yang begitu menarik ditunjukkan dan membuatkan crowd puas.

DISSECTOMY mengambil giliran seterusnya. Sememangnya band nih sentiasa menjadi sebutan di Penang dan secara tidak langsung berjaya menarik crowd utk terus setia di hadapan pentas. Gelagat dan kepetahan bassist/vox band nih, secara tidak langsung telah berjaya mengeratkan tali silaturrahim antara band boys dgn crowd. Persembahan mereka begitu aggressive membuatkan crowd headbang setiap masa.



PSYROSIX. Berkonsepkan technical death metal (meskipun tak guna drum mesin), 4 orang anak muda nih berjaya memecahkan kesunyian. Dlm keasyikan membelasah instrument masing2, tiba2 perfomance terhenti disbbkan tali gitar band nih putus. Sementara nk tunggu ambil gitar lain, para hadirin sempat menyaksikan sedikit drum solo drpd drummer band nih yg bg aku mmg berbakat. Gitar baru sudah dpt, dan mereka terus berhempas pulas bg menyemarakkan lagi semangat crowd yg dahagakan muzik yg aggresif. Crowd bertambah menggila lantaran permintaan mereka agar band nih memainkan cover song ORIGIN ditunaikan. Mmg tidak dpt dinafikan band nih sememangnya berbakat.



Seterusnya band dari taiping, FLAKE POISON beraksi. Berinfluencekan Lamb Of God, mereka banyak memainkan lagu dari band tersebut disamping lagu sendiri yang tidak kurang hebatnya. Band ini berjaya membuat cowd bermoshpit walaupun terpaksa bermain dengan satu gitarist. Syabas diucapkan kepada Flake Poison.

Band berikutnya, sebuah band yg begitu aktif terlibat dgn. gig terutamanya di kawasan utara. Tak lain tak bukan, PREDICATE NOT DEFINED. Kali ini kelihatan mereka tampil bersama gitaris baru dan beliau tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dgn bekas gitaris2 mereka sebelum ini. Seperti biasa, mereka mendendangkan lagu2 yg kebykannya dipetik dr album sulung mereka. Tak seperti biasa juga, mereka tidak melepaskan peluang utk memainkan cover song KREATOR iaitu lagu ‘Violent Revolution’. Rata2 kelihatan crowd hanya tercegat berdiri meskipun ada sekelompok peminat mereka yg berterusan banging sepanjang penampilan mereka. Tapi ini tak bermakna mereka nih tak bagus. cuma bagi aku, corak muzik yg mereka bawakan ini masih boleh dikatakan style yg baru bg peminat metal tempatan.



Selepas rehat untuk waktu maghrib, gig diteruskan dengan persembahan kumpulan dari negeri sembilan, SYMBIOTIC IN TEORY. Dipengaruhi oleh band technical death metal seperi Necrophagist, Cynic dan Athiest, mereka memberikan persembahan yang begitu mengasyikkan crowd! Begitu tight, mantap dan teknikal sepenuhnya dalam setiap lagu yang dimainkan. Mereka juga membawakan lagu cover dari Death atas permintaan crowd. Jualan EP mereka amat memberansangkan memandangkan ini merupakan gig pertama mereka. Syabas dan diharapkan Symbiotic In Teory dapat membuat persembahan di Penang di lain masa.

Band penutup untuk gig ini ialah MANDATORY. Sebuah band lama yang reunion untuk sekian kalinya. Di barisi zam, apit, fahmi, kimi, bassist(lupa nama) dan keyboardist(lupa nama), mereka memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga dengan lagu-lagu terbaik dari demo dan album mereka. Ia amat mengubat kerinduan peminat-peminat tegar Mandatory yang ingin melihat mereka beraksi di gig sekali lagi. Mereka menjemput Tam (blind tribe) untuk bernyanyi bersama, seterusnya menghangatkan suasana. Satu demi satu lagu diminta oleh crowd membuatkan mereka begitu bersemangat.

Gig berakhir pada jam 9pm. Secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar. Syabas kepada organizer, band-band, crew dan juga kesudian crowd yang datang untuk memeriahkan gig pada kali ini. Terima kasih juga kepada media internet tempatan seperti metalterus, mentharas, jamtank dan sokongan ROTTW dalam gig ini.

Sekian, terima kasih.

"




 
Advertisements

Related Links
· More about Scene/ Gigs/ Albums Reviews
· News by Gospel


Most read story about Scene/ Gigs/ Albums Reviews:
Scene Kita Suatu Ketika yang Lepas atau Sekarang?


Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 Send to a Friend Send to a Friend